Pages

Wednesday, November 9, 2011

Tujuh anggota polis ditahan disyaki terlibat kes pemerasan


JOHOR BAHRU 8 Nov. - Tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kes peras ugut di sini kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mereka yang terlibat adalah enam anggota berpangkat konstabel dan seorang koperal.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan pukul 3 pagi di Plentong oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara yang diketuai Asisten Supritendan Tan Yang Siong.

"Kesemua anggota polis itu berusia antara 20 hingga 35 tahun. Mereka dikatakan bertugas dalam sekatan jalan raya yang diadakan di kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Mokhtar bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan namun memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara terperinci.

Kesemua anggota polis itu kini direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments: