Pages

Wednesday, November 9, 2011

Rakyat Sepanyol dinasihat tidak jatuh sakit



KAKITANGAN dan pesakit sebuah hospital di Barcelona berhimpun bagi membantah pemotongan bajet kesihatan di wilayah Catalonia, Sepanyol.


ARBOC, Sepanyol - Pihak berkuasa wilayah Catalonia, timur laut Sepanyol menggesa orang ramai supaya menjaga kesihatan mereka dan tidak jatuh sakit.

Poster dengan tulisan bermaksud: "Tolong jangan jatuh sakit, kami (perkhidmatan kesihatan) dilanda krisis," ditampal di sebuah hospital besar di Barcelona, ibu negeri wilayah Catalonia.

Nasihat awam itu dikeluarkan kerajaan tempatan yang bertindak memotong perbelanjaan kesihatan termasuk membatalkan pembedahan dan memansuhkan unit kecemasan waktu malam susulan krisis ekonomi yang melanda Sepanyol.

Seorang doktor tempatan, Teresa Fuentelsaz berkata, peruntukan hospital di Catalonia dipotong sebanyak 10 peratus.

"Selama tiga bulan, sebanyak 300 katil atau satu pertiga daripada keseluruhan katil di hospital besar di Barcelona telah ditutup," katanya.

"Lebih separuh daripada bilik pembedahan pula berhenti daripada beroperasi," tambah doktor berkenaan.

Langkah itu katanya, menyusul selepas kerajaan pusat bertindak mengurangkan perbelanjaan wilayah termasuk bajet kesihatan sebanyak AS$1.4 bilion (RM4.38 bilion). - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: