WASHINGTON - Pengakhiran satu perhubungan atau kematian orang yang disayangi didakwa boleh menyebabkan serangan pada jantung dan wanita adalah golongan paling berisiko untuk berhadapan penyakit itu.

Kajian menunjukkan kejutan atau gangguan emosi terhadap golongan wanita mampu mencetuskan gejala berkaitan serangan jantung.

Pakar perubatan mendakwa golongan wanita adalah sembilan kali lebih berisiko untuk mengalami sindrom kekecewaan.

Tekanan darah mereka juga didakwa akan meningkat 7.5 kali lebih berbanding lelaki apabila emosi golongan tersebut tidak stabil.

Ini kerana, hormon estrogen yang mengawal ciri-ciri sekunder seks wanita dipercayai tidak mampu untuk menangani tekanan yang melibatkan perasaan kecewa atau sedih melampau berbanding lelaki.