Pages

Monday, November 21, 2011

ICC mahu Libya serahkan Saif al-Islam untuk dibicara


THE HAGUE 20 Nov. - Libya perlu menyerahkan anak bekas pemimpin negara itu Muammar Gaddafi, Saif al-Islam yang ditahan semalam kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata pegawai.

Seorang jurucakap ICC berkata, Ketua Pendakwa Raya, Luis Moreno-Ocampo akan ke Tripoli minggu depan untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan baru Libya, ketika pemimpin dunia menggesa pihak berkuasa negara itu melaksanakan keadilan mengikut undang-undang.

Jurucakap Moreno-Ocampo, Florence Olara berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kehakiman Libya bagi mencari tindakan bersesuaian berdasarkan undang-undang berhubung Saif.

Jurucakap ICC, Fadi al-Abdallah berkata, pihak berkuasa perlu bekerjasama dengan ICC dan menyerahkan Saif seperti yang termaktub dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Libya.

''Jika mereka mahu Saif dibicarakan di Libya, mereka perlu mengemukakan permohonan menggugurkan kes dan prosedur di Libya perlu mengikut dakwaan sama seperti tuduhan yang dikemukakan di ICC,'' katanya.

Saif ditangkap di selatan Libya, selepas sebulan penangkapan dan pembunuhan ayahnya.

Saif diburu oleh ICC di atas dakwaan terhadap jenayah kemanusiaan kerana didakwa menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi pada Februari lalu.

Gaddafi, Saif dan ketua keselamatannya, Abdullah al-Senussi dituduh menggunakan ''semua cara' terhadap penunjuk perasaan bagi membendung pemberontakan rakyat.

Wakil Khas Rusia ke Afrika, Mikhail Margelov berkata, pihaknya gembira pihak berkuasa Libya tidak mengambil tindakan tergesa-gesa terhadap Saif. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: