Pages

Monday, October 24, 2011

Tembakan di kepala punca maut

GAMBAR video amatur yang dikirim ke laman web menunjukkan Gaddafi menyapu darah di mukanya. Beliau dipercayai ditembak di kepala oleh seorang pengawal peribadinya sendiri.
GAMBAR video amatur yang dikirim ke laman web menunjukkan Gaddafi menyapu darah di mukanya. Beliau dipercayai ditembak di kepala oleh seorang pengawal peribadinya sendiri.
Gaddafi mati selepas ditembak satu das, mayat diserah kepada saudara jauh

TRIPOLI: Ketua jabatan forensik Libya, Dr Othman al-Zintani, berkata bedah siasat yang dijalankan, mengesahkan bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi mati berikutan satu tembakan di kepalanya.
Dr Othman al-Zintani berkata, sekumpulan doktor menjalankan pemeriksaan semalam tetapi beliau tidak mendedahkan maklumat lanjut sehingga satu laporan dihantar kepada peguam negara.
Imej Gaddafi yang berlumuran darah dilayan secara hina dan dipukul oleh orang yang menangkapnya di bandar kelahiran beliau di Sirte menimbulkan persoalan mengenai sama ada bekas pemimpin itu sengaja ditembak mati atau terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan seperti yang dikatakan kerajaan atau dibunuh.

Masyarakat antarabangsa yang prihatin dengan kejadian itu meminta kerajaan peralihan mengisytiharkan pembebasan pada Ahad, beberapa bulan selepas pertumpahan darah berikutan pemberontakan menyingkirkan pemimpin yang dibenci dan sudah berkuasa selama hampir 42 tahun.

Sementara itu, seorang penasihat kanan kerajaan Libya berkata pihaknya akan menyerahkan mayat Gaddafi kepada saudara maranya, selepas berunding dengan mereka mengenai lokasi pengebumian.

“Keputusan dibuat untuk menyerahkan mayat beliau kepada keluarga jauh, kerana tiada keluarga terdekat yang hadir menuntut setakat ini,” katanya Ahmad Jibril kepada AFP.
“Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berunding dengan keluarganya. Ia terpulang kepada keluarga untuk menentukan di mana Gaddafi akan dikebumikan selepas berunding dengan NTC,” katanya.

Jibril yang juga penasihat kepada perdana menteri sementara rejim baru, Mahmud Jibril, enggan mengulas bila penyerahan itu akan dilakukan.

Sejak terbunuh ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya Sirte Khamis lalu, mayat Gaddafi diletakkan di sebuah bilik dingin beku di luar Misrata, menarik sekumpulan orang ramai yang mahu melihat pemimpin yang memerintah Libya selama beberapa dekad itu.

NTC mengambil sikap berdiam diri mengenai rancangan pengebumian kerana tidak mahu melihat kubur Gaddafi menjadi pusat perhimpunan penyokong setia beliau dan pemimpin NTC manakala pegawai tentera berkata pengebumian mungkin di satu lokasi rahsia.

Pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai bagaimana Gaddafi menemui ajalnya Khamis lalu selepas pejuang NTC membawa beliau keluar dari tempat persembunyiannya berikutan satu serangan udara NATO terhadap konvoi pemimpin itu yang cuba meninggalkan bandar kelahirannya itu. – AFP
Berita Harian Online | Tembakan di kepala punca maut:

'via Blog this'

No comments: