Pages

Monday, October 24, 2011

NTC isytihar pembebasan Libya


Seorang pejuang NTC mengacu pistol ke arah Gaddafi semasa bekas pemimpin Libya itu ditahan di bandar Sirte pada 20 Oktober lalu. - REUTERS


BENGHAZI 23 Okt. - Pemimpin baru Libya hari ini mengisytiharkan pembebasan negara ini berikutan pembunuhan Muammar Gaddafi, sekali gus membuka laluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan interim disusuli dengan pilihan raya bebas yang pertama dalam tempoh 42 tahun.

Namun, perisytiharan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu dibayangi kontroversi berlarutan berhubung pembunuhan Gaddafi selepas beliau ditangkap hidup-hidup dalam satu serangan di bandar kelahirannya, Sirte pada Khamis lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata, perisytiharan itu dibuat di Benghazi, bandar di timur Libya yang merupakan pusat pemberontakan bermula pada Februari lalu.

NTC, sebelum ini berjanji untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini apabila Sirte, benteng sokongan terakhir Gaddafi, jatuh ke tangan pejuang NTC.

Mengikut pelan NTC, sebuah kerajaan interim akan dibentuk dalam masa sebulan selepas perisytiharan pembebasan, disusuli dalam tempoh lapan bulan dengan pilihan raya untuk memilih anggota sebuah Dewan Perhimpunan yang akan menggubal Perlembagaan baru.

Pilihan raya Parlimen dan Presiden akan diadakan dalam tempoh setahun.

Sementara itu, Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil berkata, siasatan akan dijalankan mengenai situasi pembunuhan Gaddafi selepas beberapa kerajaan asing dan pertubuhan hak asasi manusia menyuarakan persoalan.

"Kami sedang menangani perkara ini secara telus," kata Abdel Jalil kepada televisyen Al-Jazeera. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: