Pages

Monday, October 24, 2011

Rakyat Tunisia mengundi kali pertama lepas revolusi

myMetro | Rakyat Tunisia mengundi kali pertama lepas revolusi: "TUNIS: Rakyat Tunisia semalam mula mengundi buat kali pertama selepas ‘Kebangkitan Arab’ yang juga menjadi pilihan raya bebas julung kali dalam sejarah negara itu.

Pilihan raya berkenaan yang dijangka memberi perkongsian kuasa kepada parti berhaluan Islam, dijangka menjadi kayu pengukur untuk negara Arab lain yang berdepan dengan kebangkitan rakyat hingga mengubah keadaan politik atau kerajaan.


Pilihan raya semalam ialah untuk memilih anggota Dewan yang akan merangka perlembagaan baru.

Ia turut bertujuan melantik kerajaan sementara dan menentukan pilihan raya untuk memilih presiden baru dan Parlimen. Parti Islam Ennahda yang diharamkan di bawah pemerintahan Ben Ali yang kini hidup dalam buangan di Arab Saudi dijangka menang besar.


Sementara itu, ibu Mohamed Bouazizi, pemuda yang membakar diri Disember lalu hingga mencetuskan revolusi di Tunisia berkata, pilihan raya itu adalah kejayaan untuk maruah dan kebebasan. - AFP"

'via Blog this'

No comments: