Pages

Tuesday, October 25, 2011

272 terbunuh

PASUKAN penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Ercis, semalam.
PASUKAN penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Ercis, semalam.

ERCIS: Empat mangsa ditarik keluar dengan selamat dari runtuhan bangunan semalam, apabila seorang daripada mereka berjaya menelefon meminta pertolongan menerusi telefon bimbitnya selepas gempa bumi 7.2 magnitud yang meragut sekurang-kurangnya 272 nyawa melanda timur Turki.

Puluhan penduduk masih lagi terperangkap di bawah bangunan yang ranap dan pihak berkuasa menawarkan harapan angka kematian mungkin tidak setinggi seperti yang dibimbangkan sebelum ini.

Foto

MAYAT seorang mangsa ditarik keluar dari runtuhan bangunan.


Pasukan menyelamat menjalankan operasi mencari di sekitar bangunan yang musnah sementara anggota keluarga menunggu di luar, sebahagiannya menangis.

Kren dan jentera berat lain digunakan untuk mengangkat tembok konkrit dan penduduk mencari anggota keluarga mereka menggunakan penyodok.

Foto

JENTERA berat turut digunakan dalam operasi dan menyelamat.

Beribu-ribu penduduk di kawasan kejadian terpaksa bermalam di luar selepas kediaman mereka musnah dan sebahagannya kerana takut untuk pulang.


Mangsa yang terselamat, Yalcin Akay ditarik keluar dari runtuhan bangunan enam tingkat dengan hanya cedera pada kaki selepas dia menelefon polis menerusi telefon bimbitnya serta memberi maklumat mengenai lokasinya, lapor agensi berita Anatolia.

Pegawai berkata, beratus-ratus rumah yang dibina daripada batu bata lumpur di kawasan desa dan bangunan konkrit di dua bandar ranap dalam gempa bumi yang melanda kawasan yang bersempadan dengan Iran, Ahad lalu.


Paling teruk ialah Ercis, bandar yang mempunyai 75,000 penduduk, dekat dengan sempadan Iran dan antara kawasan Turki yang sering dilanda gempa. Lapan puluh bangunan bertingkat musnah di bandar itu.

Di Van, bandar lebih besar dan sibuk, kira-kira 90 kilometer ke selatan Ercis, turut mengalami kemusnahan tetapi tidak seteruk Ercis. Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata, beliau menjangka angka kematian di Ercis akan meningkat tetapi tidak sebanyak seperti jangkaan awal.


“Sudah pasti angka kematian akan meningkat tetapi ia bukan jumlah yang menakutkan,” katanya.


Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang melawat tempat kejadian beberapa jam selepas bencana itu berlaku berkata, hampir semua rumah yang dibina menggunakan batu bata lumpur di kampung sekeliling musnah.


Beberapa banduan melarikan diri dari penjara di Van selepas satu temboknya runtuh.


Menurut laporan televisyen TRT, kira-kira 150 banduan melarikan diri tetapi pegawai penjara berkata, jumlah itu lebih kecil dan ramai kemudian menyerah diri semula.


Saintis Amerika Syarikat mencatatkan lebih daripada 100 gegaran di timur Turki selepas 10 jam gempa itu melanda. - AFP


myMetro | 272 terbunuh:

'via Blog this'

No comments: