Pages

Monday, May 23, 2011

Turki beri amaran kepada Israel

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

ANKARA 22 Mei - Turki semalam memberi amaran kepada Israel agar tidak mengulangi keganasan yang dilakukan oleh komando negara itu pada tahun lalu ke atas flotila bantuan ke Genting Gaza di perairan antarabangsa.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas kumpulan aktivis mengumumkan untuk menghantar bantuan baru ke Genting Gaza.

Menteri Luarnya, Ahmet Davutoglu berkata, Turki akan mengambl tindakan sekiranya Israel mengulangi perbuatan itu.

'Mereka yang percaya Turki akan mengambil tindakan berhubung perkara tersebut, terlebih dahulu perlu mengingatkan Israel agar tidak mengulangi kejadian pada tahun lalu,' kata Davutoglu.

Pada 31 Mei tahun lalu, komando Israel menyerbu kapal bantuan antarabangsa Turki, Mari Marvara yang sedang dalam pelayaran ke Genting Gaza menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh.

Sementara itu, persatuan amal Islam Istanbul menjelaskan konvoi bantuan baru akan belayar ke Gaza pada minggu terakhir Jun ini dan ia akan disertai seramai 1,500 aktivis dari 100 negara.

Ketika ditanya mengenai kempen kumpulan tersebut, Davutoglu berkata, Turki tidak pernah menggalakkan mana-mana konvoi bantuan dan menjelaskan Turki telah berbincang soal keselamatan warganya dengan pelbagai pihak. - AFP"

No comments: