Pages

Friday, September 9, 2011

Sonia Gandhi pulang ke India

Sonia Gandhi 
NEW DELHI - Pemimpin politik paling berpengaruh di India, Sonia Gandhi (gambar) pulang ke tanah air semalam selepas menjalani pembedahan di Amerika Syarikat (AS) lima minggu lalu kerana masalah kesihatan yang tidak didedahkan, kata seorang jurucakap.
Sonia merupakan Presiden Parti Kongres yang memerintah India dan balu bekas Perdana Menteri Rajiv Gandhi.
"Sonia Gandhi tiba awal pagi ini dan beliau berada dalam keadaan baik," kata jurucakap Parti Kongres, Janardan Dwivedi tanpa mengulas lanjut.
Beberapa pegawai parti berkenaan mengumumkan pada 4 Ogos lalu bahawa Gandhi, 64, selamat menjalani pembedahan di AS tetapi mereka enggan mendedahkan tentang keadaan kesihatannya atau lokasi hospital tempat beliau dirawat.
Pemimpin yang dilahirkan di Itali itu dipercayai sedang melakukan persiapan untuk anak lelaki tunggalnya, Rahul menjadi Perdana Menteri selepas Manmohan Singh, 78, meletakkan jawatan. - AFP, kosmo

No comments: