Pages

Friday, September 9, 2011

Penyokong setia bedil roket

WADI DINAR (Libya): Penyokong setia Muammar Gaddafi melepaskan tembakan roket dari wilayah yang mereka kuasai, mensasarkan kumpulan tentera pemberontak yang mengepung bandar Bani Walid.
Sekurang-kurangnya 10 letupan kuat menggegarkan kawasan sekitar bandar padang pasir itu.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas ucapan Gaddafi disiarkan menerusi sebuah televisyen yang berpusat di Syria.

Sementara itu, Nato berkata berkata, ia akan meneruskan misinya di Libya selagi wujudnya ancaman daripada tentera yang setia kepada Gaddafi.

Setiausaha Agungnya,Anders Fogh Rasmussen memberitahu wartawan di Lisbon, Portugal, selepas misi itu berakhir, ia akan memainyan peranan untuk memberikan sokongan. - AP

No comments: