Pages

Saturday, September 24, 2011

Mengaku bunuh

TACOMA: Seorang lagi askar Amerika Syarikat mengakui menembak seorang remaja Afghanistan yang tidak bersenjata dalam kes membabitkan lima tentera yang dituduh membunuh penduduk kampung wilayah Kandahar itu.

Prebet Andrew Holmes, 21, yang tahun lalu menafikan bersalah, kali ini mengaku di mahkamah tentera dia bersalah melepaskan tembakan senjata automatik ke arah remaja lelaki itu selepas diarah berbuat demikian oleh pegawai unitnya.
Holmes berkata, dia mengesyaki ketika itu seorang lagi askar, Jeremy Morlock, berniat jahat apabila memberi arahan itu. Morlock ialah defendan bersama yang memberi keterangan ke atas Holmes selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan pembunuhan terancang.

Saya lihat remaja itu yang berada tidak jauh dari situ, kata Holmes mengingati kejadian Januari 2010 apabila Morlock membaling bom tangan melepasi tembok seolah-olah mereka diserang dan kemudian menjerit ke arah Holmes supaya melepaskan tembakan.

Disoal hakim ketika prosiding sepanjang hari di markas tentera Lewis-McChord berhampiran Tacoma, Holmes berkata: Apabila dia suruh saya tembak, saya sepatutnya cari tempat berlindung. Tetapi, saya lepaskan tembakan.

Holmes juga menegaskan dia tiada niat membunuh remaja itu namun menambah: Realitinya ialah saya buat kesilapan besar.
Gambar pembunuhan itu didedahkan kepada umum Mac lalu, mendedahkan keadaan sebenar kes kekejaman askar Amerika yang dituduh membunuh ketika perang 10 tahun di Afghanistan.

Gambar berasingan menunjukkan Morlock dan Holmes dekat mayat berlumuran darah mangsa berusia 15 tahun, memegang kepala budak lelaki itu sambil menarik rambutnya.

Ada antara tertuduh didakwa mengambil jari atau anggota lain mayat remaja itu sebagai cenderamata. Reuters 

No comments: