Pages

Monday, August 1, 2011

Syed Ahmad Jamal selamat dikebumi

Foto
Syed Ahmad Syed Jamal

Keluarga harap cadangan Allahyarham dilaksana

GOMBAK: Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, yang menghembuskan nafas terakhir, malam kelmarin di rumahnya akibat keuzuran, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 11.30 pagi, di sini, semalam.
Pemergian Allahyarham yang juga pelopor aliran ekspresionisme abstrak di Malaysia, turut diberikan penghormatan terakhir oleh Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara, (BSLN) Datuk Mohd Yusof Ahmad dan Pengarah RA Fine Arts Gallery, Raja Ahmad Aminullah.
Allahyarham yang pernah menyandang jawatan Pengarah BSLN pada 1983 hingga 1991, meninggalkan seorang balu, Datin Hamidah Mohd Noor, 69 bersama dua anak, Syed Nabil Syed Ahmad, 39 dan Syed Nurl Haq Syed Ahmad, 35.

Balu Allahyarham, Hamidah ketika ditemui berkata, beliau berharap cadangan suaminya memartabatkan seni negara dapat dilaksanakan supaya hasil karya berkenaan menjadi pemangkin kepada generasi muda.

“Sepanjang hayatnya Allahyarham sentiasa memikirkan mengenai karya dan matlamat seni negara sehinggalah detik terakhir sebelum pemergiannya dan saya berharap ia dapat diteruskan, “ katanya.

Mohd Yusof berkata, pemergian Syed Ahmad kehilangan besar dalam arena seni negara berikutan Allah-yarham sasterawan berprolifik tinggi.
“Kami di BSLN bernasib baik kerana dapat menyimpan hasil karya beliau dan walaupun Allahyarham meninggalkan kami, namun lukisannya akan tetap diingati dan diminati, “ katanya.

Beliau berkata, BSLN pernah menganjurkan pameran besar-besaran Allahyarham secara solo iaitu ‘Petrospektif : Syed Ahmad Jamal Pelukis’ yang merakam perjalanan seni beliau sepanjang lima dekad bermula 1955, dua tahun lalu, selain memuatkan hasil karya beliau dalam pameran Kepada-Mu Kekasih pada 2010.
http://www.bharian.com.my

No comments: