Pages

Monday, August 1, 2011

16 Fadhilat Berakhlak Dengan Akhlak Islam


http://www.yanabeea.net/up_depart/1/2460.gif
1- Sebaik-baik cara atau jalan untuk mendekati Allah SWT.
2- Apabila telah sempurna akhlak sesama manusia, maka Allah SWT amat menCintainya.
3-  Berakhlak mulia, seseorang itu akan peramah sesama manusia dan manusia akan peramah bersamanya.
4-  Manusia tidak akan memuliakan mereka yang tidak berakhlak mulia sebagaimana dia tidak memuliakan dirinya dengan akhlak mulia.
5-  Berakhlak mulia adalah punca mencapai ketinggian dan kemuliaan pada seseorang.
6- Berakhlak mulia menyebabkan Rasulullah SAW menCintainya dan Rasulullah SAW sanggup bersahabat dengannya pada hari Kiamat nanti.
7- Berakhlak mulia adalah tanda kemuliaan diri dan tanda fitrah dirinya yang dijadikan dengan penuh kemuliaan.
8- Berakhlak mulia boleh mengubah musuh menjadi sahabat.
9- Berakhlak mulia akan menarik perhatian Allah SWT dan pasti mendapat keampunan Allah SWT.
10- Berakhlak mulia menyebabkan Allah SWT menghapuskan dosanya yang lalu.
11- Mereka yang berakhlak mulia sepanjang hari seolah-olah dia berpuasa sepanjang hari ( sepanjang hari mendapat pahala dan keampunan daripada Allah SWT.
12- Hanya mereka yang berakhlak sahaja yang layak memasuki Syurga Allah SWT.
13- Hanya  yang memiliki Akhlak Mulia sahaja yang akan mendapat membuat Mizan Allah SWT lebih berat di hari Kiamat nanti.
14- Jasad yang memiliki Akhlak Mulia tidak akan disentuh oleh Api Neraka.
15- Hanya dengan akhlak mulia sahaja yang mampu menyelesaikan segala permasalahan manusia.
16- BerAkhlak Mulia pasti sahabat akan bertambah dan musuh akan berkurangan.

No comments: