Pages

Monday, August 1, 2011

Peniup serunai tomoi kena tikam

Mangsa maut bergelut dengan anak tiri 
ALOR SETAR: Seorang peniup serunai kejohanan tomoi mati ditikam dipercayai oleh anak tirinya selepas mereka bergelut akibat perselisihan faham berkaitan

masalah keluarga di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa Ismail Ahmad dikatakan menyerang anak tirinya berusia 32 tahun menggunakan kayu ketika dia yang juga seorang mekanik sedang membaiki kereta di rumah rakannya di kampung berkenaan.

Dalam pergelutan itu, kepala mangsa terhantuk pada pembetung perigi hingga berdarah, namun beliau bangun semula menyebabkan suspek menikamnya beberapa kali menggunakan pisau lipat yang terkena pada dada serta kepalanya. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata akibat tikaman itu mangsa rebah dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) oleh seorang jiran bersama anak tirinya yang lain dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.15 malam. 
Katanya, selepas kejadian itu, suspek melarikan diri ke rumah rakannya tetapi menyerah diri di Balai Polis Kuala Kedah pada jam 10.10 malam. 

“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca dari perselisihan faham dan masalah dalaman keluarga menyebabkan mangsa yang terlalu marah menyerang anak tirinya. 

“Malah, laporan bedah siasat juga mengesahkan mangsa mati akibat tikaman yang mengenai dada kirinya,” katanya. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
http://www.bharian.com.my

2 comments:

Anonymous said...

yg dbunuh tu bapa mertua kpd anak sepupu sy...mmg anak tiri dia tu yg salah...dia dh buat onar kat ank angkat bapa tiri dia...ayah mana yg x marah...dh la bdk pompuan tu br darjah 5...kesian sgt2...Alfatihah utk arwah pakcik Ismail...

Abu Hatim said...

Terima Kasih diatas maklumat saudara...Al-Fatihah