Pages

Friday, August 12, 2011

Remaja lelaki lapor polis didera bapa

JELI: Seorang remaja berusia 14 tahun yang tidak tahan didera bapanya, termasuk kejadian terbaru Isnin lalu apabila sekali lagi dipukul dan dikejar dengan parang, bertindak nekad membuat laporan polis sehingga suspek ditahan pada hari sama.

Pelajar Tingkatan Dua sekolah menengah di sini, membuat laporan polis itu selepas bapanya memukulnya ketika beliau baru pulang sekolah kira-kira jam 5.45 petang kerana menyangka anak keduanya itu menyembunyikan kepala paip yang disimpan di rumah.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar, berkata lelaki mempunyai seorang isteri dan empat anak itu tidak berpuas hati dengan jawapan anak lelakinya lalu mengejar dengan parang.
“Disebabkan takut dengan sikap bapanya itu, mangsa melarikan diri sehingga ke Balai Polis Jeli sebelum membuat laporan berhubung tindakan bapanya yang menuduhnya menyembunyikan kepala paip,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sheik Azhar berkata, susulan itu, polis menahan suspek pada malam hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. bharian

No comments: