Pages

Friday, August 12, 2011

Gereja diarah bayar ganti rugi AS$240,000 pada ibu bapa mangsa dera seksual

BOGOTA: Sebuah mahkamah di Colombia telah mengarahkan Gereja Katolik di sini membayar ganti rugi AS$240,000 ($291,547) kepada ibu bapa dua kanak-kanak yang didera secara seksual oleh seorang paderi.
Ini kali pertama hukuman serupa itu dijatuhkan ke atas sebuah gereja oleh mahkamah di negara itu.Pihak gereja telah mengemukakan rayuan atas hukuman yang dikeluarkan oleh sebuah mahkamah di bandar Ibague.Membantah hukuman itu, setiausaha agung persidangan biskop Colombia yang tidak didedahkan namanya, berkata:'Paderi yang terbabit sudah pun dihukum dan tiada hubungan kontrak di antara dia dengan pihak gereja. Ini bukan satu hubungan kerja tetapi kerohanian.'Paderi yang bersalah itu, Luis Enrique Duque Valencia, telah dikenakan hukuman penjara 18 tahun kerana mendera secara seksual dua budak lelaki berusia tujuh dan 11 tahun.Sebelum ini, mahkamah Columbia pernah menjatuhkan hukuman ke atas beberapa paderi atas tuduhan pedofilia.Namun, ia tidak pernah menjatuhkan hukuman ke atas sebuah gereja sebagai sebuah institusi.Sejak beberapa tahun lalu, Gereja Katolik telah digegarkan oleh skandal penderaan seksual oleh para paderi ke atas kanak-kanak di banyak negara lain, termasuk Austria, Belgium, Ireland, Jerman dan Amerika Syarikat. -- AFP.cyberita

No comments: