Pages

Monday, August 8, 2011

Pembantu rumah haram banjiri Arab Saudi

RIYADH: Keputusan kerajaan Arab Saudi melarang kemasukan pembantu rumah asing dari Indonesia dan Filipina sejak awal bulan lalu mencetuskan fenomena kebanjiran pembantu rumah haram berikutan permintaan yang tinggi terutama menjelang Ramadan.
Sumber melaporkan, permintaan yang tinggi bagi pembantu rumah ketika bulan Ramadan ini menyebabkan gaji mereka meningkat sehingga 150 peratus.
Kebiasaannya, keluarga Arab Saudi amat bergantung kepada pembantu rumah untuk meringankan beban tugas mereka ketika Ramadan. Ini menyebabkan sebilangan ejen melakukan kegiatan haram dengan menyediakan pembantu rumah terutama kepada keluarga Arab Saudi kaya. Sebelum ini sesebuah keluarga mengambil seorang pembantu rumah dengan gaji bulanan mereka tidak lebih 2,000 riyal (RM1,603) tetapi kini bayaran mereka meningkat kepada 3,000 (RM2,405) hingga 4,000 riyal (RM3,207) sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengambilan di Majlis Dewan Perniagaan dan Industri Arab Saudi, Sa’ad Al Baddah, berkata bahawa pejabat merekrut berlesen tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kebanjiran pembantu rumah haram terbabit. – Agensi bharian

No comments: