Pages

Monday, August 8, 2011

22 komando AS maut di Afghanistan


GAMBAR fail menunjukkan sebuah helikopter Chinook di sebuah pangkalantentera di daerah Arghandab, Afghanistan.


KABUL - Para pemberontak menembak jatuh sebuah helikopter tentera dalam satu pertempuran di timur Afghanistan menyebabkan 30 rakyat Amerika Syarikat (AS) mati, kata beberapa pegawai AS kelmarin.
Kebanyakan yang mati itu ialah anggota komando Tentera Laut AS iaitu unit SEAL.
SEAL merupakan unit komando elit yang bertanggungjawab melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak pada awal tahun ini.
Seramai 22 anggota komando SEAL itu terbunuh dalam nahas helikopter tersebut.
Namun, mereka tidak terlibat dalam operasi membunuh Osama pada Mei lalu. Bangkai helikopter itu bertaburan di lokasi kejadian, kata seorang jurucakap Taliban.
Seorang pegawai kanan pentadbiran AS di Washington menyatakan helikopter berkenaan telah ditembak.
Presiden AS, Barack Obama menyatakan kematian anggota-anggota itu merupakan peringatan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki dan wanita yang berkhidmat dalam ketenteraan.
Turut terbunuh dalam nahas itu ialah tujuh anggota komando Afghanistan.
Helikopter Chinook itu terhempas di wilayah Maidan Wardak pada malam Jumaat lalu. - Agensikosmo

No comments: