Pages

Saturday, August 20, 2011

Pakistan, Afghanistan bergegar

SEORANG penduduk tempatan membersihkan masjid selepas kejadian pengeboman tragik di bandar Jamrud, semalam.
SEORANG penduduk tempatan membersihkan masjid selepas kejadian pengeboman tragik di bandar Jamrud, semalam.

Serangan bunuh diri letup bom di Khyber, Kabul cemar Ramadan

PESHAWAR: Seorang penyerang bunuh diri meletupkan bom di sebuah masjid di Khyber, Pakistan ketika solat Jumaat semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang dan mencederakan lebih 100 lain, kata pihak berkuasa.
Pegawai pentadbir kanan tempatan Sayed Ahmed Jan berkata bom di Khyber meletup ketika lebih 500 orang memenuhi masjid di bandar Jamrud, 25 kilometer dari bandar ini.
“Bom meletup sebaik saja solat Jumaat berakhir,” katanya yang mengesahkan sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan 117 lagi cedera dalam kejadian itu.

“Ia adalah satu serangan bunuh diri. Pengebom memakai jaket yang diisi kira-kira 10 kilogram bahan letupan dan berjalan kaki. Dia meletupkan bom itu di dewan solat utama,” kata Khalid Mumtaz Kundi.

Seorang lagi pegawai pentadbir, Mutazar Zeb berkata mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran sementara skuad pemusnah bom berada di tempat kejadian.
Saluran televisyen tempatan menunjukkan kopiah dan pakaian berlumuran darah di tempat kejadian, sementara ruangan dalaman masjid rosak teruk.
Seperti mana dunia Islam lain, Pakistan menyambut bulan suci Ramadan dari terbit matahari hingga terbenam fajar.

Seorang pegawai di Kompleks Perubatan Hayatabad Iftikhar Khan berkata 40 orang mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital itu.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu namun pengeboman Taliban dan rangkaian dikaitkan Al-Qaeda kerap dipersalahkan dalam siri serangan yang sudah mengorbankan lebih 4,550 orang sejak 2007.

Pengeboman semalam adalah yang terburuk sejak 13 Mei lalu apabila dua penyerang meletupkan bom di luar sebuah pusat latihan polis, mengorbankan 98 orang.

Sementara itu di KABUL, Afghanistan, sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam kejadian letupan bom di Pusat Kebudayaan British (British Council) di bandar raya ini ketika penduduk bercuti sempena kemerdekaan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Siddiq Siddiqui berkata, lima letupan besar kedengaran kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan disusuli kejadian tembak menembak yang berterusan selama kira-kira empat jam.

“Seramai lapan orang, kebanyakannya anggota polis terbunuh manakala sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera. Salah seorang penyerang ditemui masih hidup,” katanya.

Kedutaan British dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) diketuai NATO di Afghanistan mengesahkan bahawa sasaran serangan adalah British Council.
“Saya boleh mengesahkan laporan serangan terhadap kawasan British Council di Kabul,” kata seorang jurucakap kedutaan.

Beliau berkata bahawa kedutaan menghubungi pihak berkuasa Afghanistan di tempat kejadian tetapi tidak dapat memberikan sebarang maklumat mengenai kemalangan itu. – AFP – AFP , bharian

No comments: