Pages

Saturday, August 20, 2011

50 maut masjid dibom




SEORANG kanak-kanak lelaki turut tercedera dalam serangan bom di masjid Khyber semasa solat Jumaat semalam, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di Peshawar, Pakistan. - AFP


ISLAMABAD 19 Ogos - Satu letupan kuat menggegarkan sebuah masjid di barat laut Pakistan hari ini ketika beratus-ratus jemaah sedang mengerjakan solat Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.
Menurut laporan stesen televisyen Urdu Express, letupan berlaku di sebuah masjid di kawasan Jamrud, daerah Khyber pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.
Beratus-ratus orang sedang mengerjakan solat Jumaat ketika letupan itu berlaku, lapor agensi berita Xinhua yang turut memetik media tempatan.
Keseluruhan bangunan masjid itu dilaporkan runtuh disebabkan letupan kuat itu dan ramai orang yang tertimbus di bawah sisa-sisa runtuhan.
Dianggarkan 40 orang dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Televisyen tempatan Goe yang memetik saksi melaporkan, letupan dipercayai daripada jenis bom yang ditanam, tetapi ia masih belum disahkan. - BERNAMA, utusan

No comments: