Pages

Wednesday, August 10, 2011

Kunis gembira ramai lelaki terpikat padanya

Mila Kunis

LOS ANGELES - Pelakon filem Black Swan dan Forgetting Sarah Marshall, Mila Kunis terkejut apabila dia menjadi daya tarikan ramai lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurutnya, dia juga berasa gembira kerana ramai lelaki yang tertarik kepadanya sejak dia berlakon dalam kedua-dua filem berkenaan.
Namun, kata pelakon berusia 27 tahun itu, ekoran populariti itu, dia menjadi sasaran berita palsu berhubung kisah cintanya.
Kunis bertegas bahawa dia tidak bercinta dengan pelakon Justin Timberlake walaupun terdapat spekulasi bahawa mereka sedang bercinta.
Menyentuh mengenai lelaki yang diminatinya, Kunis berkata, dia merupakan seorang yang kelakar. - Agensi, kosmo

No comments: