Pages

Friday, August 26, 2011

China haram 100 lagu

BEIJING: China mengharamkan 100 lagu dimuat naik ke laman web, melarang lagu nyanyian artis daripada Lady Gaga hingga kepada Backstreet Boys kerana tidak menepati syarat pihak pentadbiran kebudayaan di negara itu.
Kementerian Kebudayaan berkata, tindakan itu untuk menyelaraskan pasaran muzik Internet sambil menambah lagu yang ‘mengancam keselamatan budaya negara itu perlu dibersihkan dan diselaras mengikut undang-undang’.

Notis yang dikeluarkan 19 Ogos lalu dan dipaparkan dalam laman web kementerian itu melarang lagu termasuk nyanyian penyanyi Amerika, Lady Gaga iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary. Bagaimanapun, ia tidak menyatakan mengapa lagu berkenaan diharamkan tetapi China biasanya menapis apa-apa saja yang dirasakan amat sensitif dari segi politik.

Profesor Pengajian Amerika Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing, Teng Jimeng berkata, seks, politik atau agama boleh menyebabkan satu-satu lagu itu disenarai hitamkan, malah lagu mengenai kebebasan golongan muda juga mungkin perlu ditapis. - AFP

No comments: