Pages

Friday, August 26, 2011

4 mati diserang pemisah di selatan Thai

YALA: Kumpulan pemisah dikatakan telah membunuh empat orang awam dalam satu siri serangan di kawasan majoriti penduduk Islam di selatan Thailand. Menurut polis, sekumpulan lelaki bersenjata telah menembak rumah ketua kampung di sebuah kampung di Wilayah Yala awal pagi semalam dan berbalas tembakan dengan pasukan sukarelawan. Anak lelaki ketua kampung itu dan cucu perempuannya terbunuh, manakala 10 orang lagi cedera. Dalam satu kejadian lain, lebih satu dozen lelaki bersenjata di dalam sebuah trak menyerang askar di pondok kawalan di Wilayah Songkhla petang kelmarin menyebabkan seorang askar mati dan dua lagi cedera. Serangan pemisah jarang berlaku di Songkhla yang terletak di utara antara tiga wilayah, Yala, Pattani dan Narathiwat yang sering berlaku keganasan. -AFP

No comments: