Pages

Saturday, July 9, 2011

Lelaki amuk bunuh tujuh penduduk


SALAH seorang bapa kepada kanak-kanak yang ditemui mati pengsan di atas jalan raya di Grand Rapids, Michigan, kelmarin. Gambar kecil, Rodrick Dantzler.
SALAH seorang bapa kepada kanak-kanak yang ditemui mati pengsan di atas jalan raya di Grand Rapids, Michigan, kelmarin. Gambar kecil, Rodrick Dantzler.


Bebas dua tebusan sebelum bunuh diri

GRAND RAPIDS (Michigan): Seorang lelaki bersenjata yang membunuh tujuh orang termasuk lima wanita dan seorang kanak-kanak di dalam dua rumah di selatan Michigan semalam dan kemudian terbabit dalam episod pengejaran kereta dengan polis, membunuh diri selepas dikepung di sebuah rumah lain.

Lelaki yang dikenali sebagai Rodrick Dantzler, membebaskan dua tebusan yang ditahannya di dalam rumah berkenaan dan sedang berunding dengan polis yang mengepung rumah di Grand Rapids itu sebelum menembak dirinya.
“Tidak masuk akal apa yang dilakukan lelaki ini,” kata ketua polis Grand Rapids, Kevin Belk.
Seorang wanita yang tinggal di rumah itu dan seorang tebusan yang lain dibebaskan.

Polis sebelum itu menemui tujuh mayat dewasa dan seorang kanak-kanak di dua lokasi berasingan di bandar terbabit, mencetuskan pemburuan lelaki berkenaan membabitkan helikopter, polis negeri dan timbalan syerif tempatan.

Polis kemudian mengesan Dantzler di dalam sebuah kereta dan mengejar keretanya ke pinggir Grand Rapids, kata jurucakap polis, Sarjan Jon Wu.

Dantzler melepaskan tembakan ke arah pegawai polis beberapa kali semasa aksi pengejaran kelajuan tinggi itu dan polis membalas tembakan. Dua orang awam turut cedera semasa kejar mengejar itu.
Suspek kemudian berhenti di sebuah rumah dan memasuki kediaman itu lalu menahan dua tebusan sebelum membunuh diri.

Penyiasat tidak tahu motif pembunuhan tetapi percaya suspek mempunyai hubungan dengan sekurang-kurangnya seorang mangsa di setiap lokasi, kata Belk. – Reuters.Berita Harian Online | Lelaki amuk bunuh tujuh penduduk

No comments: