Pages

Saturday, July 9, 2011

Anwar tak hirau larangan masuk KL

KUALA BERANG: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menghiraukan larangan dikenakan ke atasnya bersama 90 lagi individu agar tidak memasuki Kuala Lumpur hari ini.

Ketika menyampaikan ceramah pada program Gempur Perdana anjuran PAS Terengganu di Kuala Berang dekat sini malam kelmarin, beliau membayangkan akan tetap berada di sekitar Kuala Lumpur pada tarikh itu, walaupun dilarang berbuat demikian oleh polis.

Anwar berkata, tidak ada sebab beliau tidak boleh berada di Kuala Lumpur atas alasan beliau dan keluarga mempunyai kediaman dan memang menetap di situ, sebaliknya mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan serta mahkamah mengeluarkan perintah melarangnya serta individu lain daripada memasuki Kuala Lumpur.
“Otak tak ada ke... rumah saya di situlah (Kuala Lumpur). Takkanlah saya kena duduk di sempadan Selangor pula,” katanya.

Anwar berkata, beliau mengetahui perintah larangan memasuki Kuala Lumpur selepas dimaklumkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah lewat petang kelmarin.

Katanya, perhimpunan itu diadakan bukan untuk mencetuskan huru hara sehingga mengancam keamanan, sebaliknya mendesak kerajaan supaya pilihan raya akan datang diadakan secara telus dan bersih.

Beliau juga mahukan seluruh penyokong parti pembangkang supaya beramai-ramai pergi ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sambil mengingatkan penyokongnya tidak memakai baju T kuning lebih awal terutama ketika dalam perjalanan ke tempat perhimpunan bagi mengelak ditahan polis.
“Mari kita pergi ke Kuala Lumpur beramai-ramai tapi jangan cepat sangat pakai baju kuning (BERSIH) takut kena tangkap. Bila dah sampai (lokasi perhimpunan) kita tukarlah dan pakailah baju kuning pula," katanya.
Berita Harian Online | Anwar tak hirau larangan masuk KL

No comments: