Pages

Tuesday, June 14, 2011

Wanita Kuwait bakar khemah kenduri kahwin suami dihukum mati

MANAMA: Mahkamah Tinggi Kuwait menyokong hukuman mati terhadap seorang wanita yang dituduh membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan keduanya sehingga menyebabkan 57 wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Akhbar Gulfnews melaporkan Mahkamah Jenayah mendapati Nasra Al Enezi, 24, bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan dan membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan kedua.
Bagaimanapun, ketika kejadian suami dan bakal madunya tidak berada dalam khemah yang dibakar. Mengikut tradisi negara itu, wanita meraikan perkahwinan tanpa kehadiran lelaki.
Wanita itu pada awalnya berkata beliau mahu membalas dendam terhadap suaminya kerana mahu berkahwin lain.

Beliau kemudian mendakwa yang beliau marah dengan kakak iparnya. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan tuduhan itu dan berkata pengakuan dibuat atas paksaan dan ancaman.

Wanita itu mendakwa yang beliau turut kehilangan bayinya selepas diberi pil khas oleh pekerja penjara yang juga saudara suaminya.

Hukuman mati itu disokong Mahkamah Rayuan.
Nasra adalah wanita kedua menerima hukuman mati. Pada Mac 2005, seorang wanita Kuwait dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan meminda hukuman itu kepada 15 tahun penjara pada Februari 2006 dan permohonannya untuk pengurangan hukuman ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007. – Agensi Berita Harian Online | Wanita Kuwait bakar khemah kenduri kahwin suami dihukum mati

No comments: