Pages

Tuesday, June 14, 2011

Dua jiran tidak mahu gaduh



ng chee leng (kanan) dan Yong Nguong Ping menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Johor Bahru semalam. Turut menyaksikan upacara itu ialah Michael Tay Chee Boon (empat dari kanan) dan Marshall Theagarajah (tengah).


JOHOR BAHRU – Dua jiran yang menetap di rumah berkembar tetapi sering berkrisis sejak tiga tahun lalu mengambil langkah luar biasa untuk berdamai dengan masing-masing bersetuju menandatangani memorandum persefahaman (MoU) semalam.
Ng Chee Leng, 33, dan jirannya Yong Nguong Ping, 43, bersetuju untuk menandatangani MoU tersebut setelah mendapat nasihat daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) Johor Bahru.
Majlis menandatangani MoU itu diadakan di pejabat BPA negeri dengan disaksikan oleh Pengarah BPA Negeri, Marshall Theagarajah dan Ketua Biro Aduan Awam (BAA) MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon.
Kedua-dua jiran itu menetap di Jalan Bukit Tropika, Taman Bukit Tropika, Ulu Tiram dekat sini.
Bezanya Chee Leng yang berkerja sebagai juruteknik di Singapura menetap di rumah nombor 9 manakala, Nguong Ping, seorang kontraktor di Ulu Tiram tinggal di rumah nombor 11.
Masalah berpunca daripada sikap Nguong Ping yang sering membuat bising dengan bermain piano sesuka hati selain membiarkan anjingnya menyalak dengan kuat pada waktu malam.
Kedua-dua masalah itu menyebabkan tidur Chee Leng pada waktu malam sering terganggu.
Beliau juga menjadi semakin jengkel terhadap Nguong Ping apabila jirannya itu sering menutup pintu rumah dengan kuat.
Kosmo! Online - Negara

No comments: