Pages

Thursday, June 9, 2011

Lelaki hantar SMS lucah kena denda

Suami remaja 17 tahun cekup, serah polis

KUALA LUMPUR: Gara-gara menghantar dua SMS lucah kepada seorang suri rumah berusia 17 tahun, pekerja kilang dihukum denda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Mazlan Majair, 37, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azali Ibrahim.
Mengikut pertuduhan, dia dituduh menghantar mesej berunsurkan lucah melalui telefon bimbit di Block 68-04-02 Flat Sri Sabah, di sini kepada seorang remaja wanita berusia 17 tahun, pada jam 10.30 pagi, Sabtu lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh didenda RM100 jika sabit kesalahan.

Dalam fakta kes, mesej lucah yang dihantar Mazlan dibaca suami mangsa sebelum menghantar SMS kepada tertuduh untuk menemuinya di Stadium Badminton Cheras.
Selepas berjaya bersemuka dengan Mazlan, suami mangsa terus bertindak menahan tertuduh sebelum menyerahkannya kepada polis.

Timbalan Pendakwa Raya, Loh Wei Dhin, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kesalahan dilakukan tertuduh.
Bagaimanapun, Mazlan yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama pada masa depan.
Berita Harian Online | Lelaki hantar SMS lucah kena denda

No comments: