Pages

Thursday, June 9, 2011

Bingkas lari nampak mayat

IPOH: Seorang pengguna jalan raya lari lintang-pukang selepas dikatakan terserempak mayat wanita dipercayai mangsa pembunuhan kejam di dalam belukar berhampiran Taman Rishah, dekat sini, petang kelmarin.

Mayat wanita itu ditemui dalam keadaan ngeri dengan kedua-dua pergelangan tangannya dikelar, manakala dahi, pipi kanan dan belakang lehernya ditetak, kira-kira jam 6.30 petang.


Mayat itu ditemui seorang lelaki yang sedang melalui Jalan Raya Ipoh - Lumut dari arah Ipoh, sebelum berhenti di satu kawasan berdekatan persimpangan lampu isyarat dan pergi ke arah belukar untuk membuang air kecil sebelum terhidu bau busuk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, mangsa tidak menghiraukan bau busuk yang disangka bangkai haiwan kerana mahu melepaskan hajat membuang air kecil “Bagaimanapun, ketika mahu membuang air kecil di belukar itu, lelaki terbabit terlihat objek mencurigakan sebelum melarikan diri kerana mendapati ia mayat manusia sebelum membuat laporan polis.


“Sepasukan polis yang digegaskan ke lokasi kejadian menemui mayat seorang wanita berkulit putih, berkemeja-T biru gelap dan berseluar dengan beberapa kesan kecederaan di badannya,” katanya.


Ibrahim berkata, hasil bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati ada kesan kecederaan pada kedua-dua pergelangan tangan, dahi, pipi kanan dan bahagian belakang leher mangsa dipercayai akibat dikelar atau ditetak menggunakan senjata tajam.

myMetro | Bingkas lari nampak mayat

No comments: