Pages

Thursday, June 9, 2011

Bekas MB belanja lebih RM6 juta ubah suai banglo

SHAH ALAM: Seorang pereka laman bebas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima bayaran lebih RM6 juta daripada Dr Mohamad Khir Toyo untuk kerja-kerja pengubahsuaian banglo milik bekas Menteri Besar Selangor itu yang terletak di seksyen 7 di sini.

Saksi ketiga pendakwaan, Nasir Ismail, 55, berkata bayaran itu diterima secara tunai memandangkan statusnya sebagai seorang muflis dan tidak mempunyai akaun bank.


"Saya terima bayaran pendahuluan sebanyak RM250,000 pada Mac 2006 dan kemudian saya ke pejabat pemegang harta (kini insolvensi) untuk uruskan pasport ke Bali untuk membeli barang.

"Pembayaran seterusnya saya terima kira-kira RM500,000... setiap kali pembayaran di mana empat atau lima kali pembayaran diserahkan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni manakala tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan oleh Dr Khir Toyo sendiri," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.


Nasir memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

myMetro | Bekas MB belanja lebih RM6 juta ubah suai banglo

No comments: