Pages

Sunday, May 22, 2011

Penghuni Bristol Plaza halau Strauss-Kahn



PENGHUNI pangsapuri Bristol Plaza tidak mahu Strauss-Kahn menjalani hukuman tahanan rumah di kejiranan mereka kerana pesalah berprofil tinggi itu menarik perhatian media.


NEW YORK - Para penduduk di pangsapuri mewah Bristol Plaza yang terletak di pinggir Manhattan tidak membenarkan bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn daripada tinggal di kejiranan mereka untuk menjalani hukuman tahanan rumah.

Staruss-Kahn dan keluarganya nyata tidak dialu-alukan oleh penghuni di sana apabila mereka dilihat berkumpul di hadapan bangunan tersebut, sambil ditemubual oleh sekumpulan wartawan.

Pemilik hartanah itu juga dilaporkan menerima aduan daripada para penghuni, selepas menyedari perhatian yang diberikan media ke atas Strauss-Kahn.

Justeru, Strauss-Kahn yang dibebaskan dari penjara di Rikers Island dengan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) terpaksa mencari tempat tinggal yang lain di Broadway, berhampiran Ground Zero.

Ahli politik Perancis itu ditahan di dalam sebuah pesawat Air France di Lapangan Terbang John F. Kennedy kerana dituduh memaksa seorang pengemas bilik hotel mewah Sofitel melakukan seks oral dan cuba merogol mangsa. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

No comments: