Pages

Sunday, May 22, 2011

Enam terbunuh serangan berani mati Taliban

Utusan Malaysia Online - Terkini: "
KABUL 22 Mei – Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan 23 yang lain cedera apabila dua pengebom berani mati Taliban meletupkan diri mereka di hospital tentera di Kabul, Afghanistan semalam.

Menurut ketua polis unit jenayah Kabul, Mohammad Zahir, keenam-enam mangsa yang terbunuh merupakan pelajar perubatan dan serangan berlaku pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan ketika mereka sedang makan di kafeteria hospital tersebut.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam emelnya berkata, mereka menghantar dua pengebom berani mati ke hospital berkenaan sebagai serangan yang ditunggu-tunggu sejak bulan lepas.

Sementara itu, hospital tersebut terletak di kawasan kawalan ketat pihak berkuasa dan berhampiran kedutaan Amerika Syarikat (AS). – Reuters"

No comments: