Pages

Sunday, May 22, 2011

Iran tahan 30 individu dipercayai perisik AS

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

22/05/2011 3:02am

TEHERAN 22 Mei – Iran menahan 30 individu yang dipercayai perisik Amerika Syarikat (AS), semalam.

Media rasminya melaporkan, Kementerian Perisikan Iran menahan 30 perisik AS yang dipercayai mengumpul maklumat mengenai program nuklear, bidang bioteknologi dan sistem pertahanan aeroangkasa negara ini.

Sementara itu, agensi berita Fars berkata, kesemua suspek berkenaan menyebarkan maklumat yang dikumpul kepada AS melalui pegawai kedutaan di negara ketiga termasuk Malaysia, Turki dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). – Reuters"

No comments: