Pages

Monday, May 30, 2011

Al-Qaeda kuasai bandar pesisir pantai Yaman

Pembangkang tuduh presiden sengaja serah Zinjibar kepada pengganas untuk takutkan dunia dan cuba dapatkan sokongan global
SANAA: Anggota kumpulan Al-Qaeda dilaporkan dapat menguasai bandar pesisir pantai Yaman, Zinjibar, selepas menumpaskan pasukan keselamatan pemerintah dalam pertempuran sejak dua hari lalu.
Kumpulan pembangkang Yaman menuduh Presiden Ali Abdullah Saleh sengaja membiarkan bandar itu jatuh di tangan pengganas bagi menakut-nakutkan dunia berkaitan ancaman Al-Qaeda dan sekali gus cuba mendapatkan sokongan antarabangsa terhadap pemerintahannya.Sebelum ini, Washington menganggap cawangan Al-Qaeda yang berpangkalan di Yaman sebagai kubu pengganas yang paling aktif di dunia.'Kira-kira 300 anggota militan dan pengikut Al-Qaeda datang ke bandar Zinjibar dan mengambil alih kuasa pada Jumaat lalu,' kata seorang penduduk.Dalam pertempuran itu, sekitar 16 orang terkorban sementara semua bangunan pemerintah diambil alih kumpulan pengganas.Zinjibar adalah ibu negeri bagi wilayah Abyan di selatan tengah Yaman.Dalam satu kenyataannya, pakatan pembangkang Yaman menuduh Presiden Salleh sengaja menyerahkan bandar Zinjibar kepada anggota pengganas untuk 'terus menggunakan Al-Qaeda bagi menakut-nakutkan pihak serantau dan antarabangsa'.Kenyataan itu turut mengecam 'komplot jenayah' berkenaan dan mengulangi gesaan agar Presiden Saleh meletak jawatan.Berpuluh-puluh keluarga dilaporkan melarikan diri ke Aden, bandar utama di bahagian selatan negara itu.Antara mereka ialah Encik Nazir Ahmed Said. Beliau memberitahu AFP bahawa beliau meninggalkan Zinjibar kerana 'bandar itu kini dikuasai orang-orang bersenjata yang menyatakan mereka adalah daripada kumpulan Al-Qaeda'.'Pada pagi Sabtu, orang-orang bersenjata itu menyeru penduduk melalui pembesar suara supaya keluar dan membuka semula kedai-kedai mereka, tetapi segelintir orang sahaja yang menyahut seruan itu kerana mereka berasa takut,' ujarnya.Perkembangan itu berlaku sedang negara miskin itu berhadapan dengan keganasan dan kebangkitan rakyat mendesak Encik Saleh melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 33 tahun lalu.Kelmarin, Presiden Saleh dan pemimpin puak paling berpengaruh di negara itu, Sheik Sadeq al-Ahmar, bersetuju menamatkan pertempuran senjata selama lima hari, yang mengorbankan 124 orang dan hampir menyebabkan krisis politik menjadi perang saudara.Pertempuran itu merupakan yang terburuk sejak tunjuk perasaan yang bertujuan menggulingkan Presiden Saleh tercetus tiga bulan lalu.Persetujuan kelmarin, bagaimanapun, dijangka tidak memberi banyak kesan dalam usaha menyelesaikan krisis politik negara itu memandangkan Presiden Saleh masih enggan berundur.Kelmarin, tiga pekerja perubatan Perancis hilang di wilayah selatan Hadramout dan seorang pegawai keselamatan tempatan berkata mereka dipercayai telah diculik.Menteri Luar Perancis mengesahkan ketiga-tiga mereka hilang di negara semenanjung Arab itu tetapi masih belum dipastikan sama ada mereka diculik atau tidak. -- AP, AFP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: