Pages

Saturday, April 2, 2011

Angka korban kini 25 orang

BANJIR DI SELATAN THAILAND


BENCANA BESAR: Jalan raya di wilayah Phatthalung, di selatan Thailand, ini masih ditenggelami air kelmarin. -- Foto AFP
15,000 pelancong luar negara terperangkap di beberapa pulau percutian
BANGKOK: Angka korban menyusuli banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda selatan Thailand bertambah kepada 25 orang, kata pihak berkuasa Thailand semalam.
Lagi 181 orang dilaporkan cedera.Sebelum ini, kira-kira 15,000 pelancong luar negara telah terperangkap di beberapa pulau percutian Thailand selepas ribut dan banjir luar musim itu menyebabkan pengangkutan menggunakan feri dibatalkan.Daripada jumlah itu, 13,000 pelancong terkandas di Koh Samui dengan jurucakap persatuan pelancongan memberi amaran bahawa bekalan makanan dan bahan api mungkin kehabisan jika cuaca buruk itu berterusan.Bagaimanapun, usaha menyelamatkan pelancong berhasil selepas penerbangan ke Koh Samui kembali pulih kelmarin manakala pesawat pengangkutan juga menyertai kerja menyelamat.Hujan lebat berterusan sejak 23 Mac lalu di wilayah selatan Thailand menyebabkan jalan darat dan kereta api terputus hubungan selepas ditenggelami air.Ekoran daripada banjir besar itu, beratus-ratus bangunan, termasuk sekolah dan rumah, musnah sementara lebih 2,000 jalan raya dan 222 jambatan dilaporkan rosak.Kelmarin, tentera Thailand dikerah membantu kerja mencari dan menyelamat mangsa banjir dan tanah runtuh di wilayah Krabi.Pengarah Besar Jabatan Pencegahan Bencana, Encik Wibul Sanguanpong, berkata lebih 800,000 penduduk masih terjejas oleh banjir di lapan wilayah.Wilayah yang masih teruk terjejas oleh banjir itu ialah Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Surat Thani, Trang, Chumphon, Songkhla, Krabi dan Phangnga.Secara keseluruhan, 998,867 penduduk dari 87 daerah di lapan wilayah terjejas ekoran daripada banjir besar itu.Kelmarin, keadaan dilaporkan semakin baik dengan air mula surut di enam wilayah yang terjejas.Enam wilayah itu ialah Yala, Pattani, Narathiwat, Ranong, Satun dan Phuket.Semalam, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Encik Suthep Thaugsuban, ditukil sebagai berkata para penduduk tidak sangka banjir besar serupa itu boleh berlaku di wilayah mereka dan lantas tidak membuat sebarang persiapan bagi menghadapinya.'Saya sangat bimbang nasib para penduduk kerana banyak jalan raya yang telah rosak menyusuli banjir itu dan banyak ladang tanaman ditenggelami air,' katanya.Semalam, lapangan terbang di wilayah Nakhon Si Thammarat masih ditutup kerana landasannya masih digenangi air. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

No comments: