Pages

Saturday, April 2, 2011

Gaddafi tak berganjak

myMetro | Gaddafi tak berganjak: "TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berkata semalam, bukan beliau yang sepatutnya meletak jawatan.

Sebaliknya, pemimpin Barat yang memusnahkan pasukan tenteranya dengan serangan udara yang sepatutnya berbuat demikian serta-merta.


Gaddafi menyifatkan pemimpin negara berkenaan yang menyerang negaranya sebagai mereka ‘yang gila kuasa.’ “Penyelesaian terhadap masalah ini ialah perletakan jawatan mereka serta-merta,” kata Gaddafi, dipetik oleh agensi berita Libya, Jana.

Tenteranya kembali mencapai kejayaan dalam menyekat kemaraan kumpulan pemberontak dengan menguasai semula bandar Brega selepas memaksa pengunduran kumpulan penentang itu beberapa kilometer ke wilayah yang mereka kuasai di timur Libya.


Sementara itu, kumpulan pemberontak menyifatkan Gaddafi sebagai haiwan yang cedera.


“Serigala yang cedera adalam lebih berbahaya daripada yang sihat. Kami berharap semakin ramai pegawainya berpaling tadah dan saya percaya beliau akhirnya akan mendapati tidak ada di sekelilingnya lagi,” kata jurucakapnya, Mustafa Gheriani. Dalam pada itu, bekas Menteri Luar dan Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ali Abdelssalam mengumumkan perletakan jawatannya menerusi beberapa laman web pembangkang. semalam. - AP"

No comments: