Pages

Sunday, March 27, 2011

Penentang Gaddafi tawan Ajdabiya



SEBAHAGIAN pemberontak Libya meraikan kejayaan menawan Ajdabiya di atas sebuah kereta kebal tentera kerajaan di Ajdabiya, semalam.

SEBAHAGIAN pemberontak Libya meraikan kejayaan menawan Ajdabiya di atas sebuah kereta kebal tentera kerajaan di Ajdabiya, semalam.
Serangan udara Tentera Bersekutu bantu pemberontak kuasai bandar kaya minyak 


AJDABIYA: Pemberontak Libya menawan bandar minyak strategik Ajdabiya semalam, menandakan kejayaan pertama mengatasi tentera kerajaan yang setia kepada Muammar Gaddafi selepas dibantu serangan udara tentera bersekutu seminggu lalu.
Pemberontak disokong pengeboman udara tanpa henti tentera Barat, memasuki bandar ketika kereta kebal yang musnah dan kenderaan tentera kerajaan berada di sepanjang jalan.
Ada yang mendekati mayat dua askar pro-Gaddafi yang terbaring untuk sambil mengambil gambar, sementara sebuah masjid dan banyak kediaman menunjukkan kesan pengeboman hebat. 


Pemberontak meraikan kejayaan mereka dengan melepaskan tembakan ke udara dan melaungkan ‘Tuhan lebih berkuasa’. 


Pengikut setia rejim dituduh melakukan kekejaman terhadap penduduk di sini. 


Seorang penduduk, Ibrahim Saleh, 34, memberitahu: “Kereta kebal membedil rumah tanpa henti. Saya tidak dapat keluar dari rumah selama beberapa hari. Tiada air, minyak atau komunikasi dan apabila penduduk keluar untuk membeli minyak, mereka diserang. 
“Tentera bersekutu melancarkan serangan udara sejak dua hari lalu. Mereka melancarkan serangan udara dan pasukan revolusi datang membebaskan bandar ini,” katanya. 


Ajdabiya adalah bandar pertama jatuh ke tangan pemberontak sejak tentera gabungan Barat melancarkan serangan udara disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 19 Mac lalu untuk menahan tentera yang setia kepada Gaddafi daripada menyerang orang awam. 


Di tempat lain, letupan besar menggegarkan tapak tentera di pinggir timur Tripoli awal pagi semalam ketika tentera Barat memberi tekanan ke atas Gaddafi dengan tembakan bertalu-talu dari udara. 


Letupan itu menyebabkan satu kemudahan radar terbakar di Tajura, tempat beberapa pangkalan udara, kata saksi. 


“Daerah itu digegarkan dengan tiga letupan,” kata penduduk menambah bahawa letupan itu memecahkan tingkap. 


“Serbuan menyasarkan tapak radar tentera yang masih terbakar,” kata seorang penduduk yang tinggal berhampiran. 


Di Washington, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata misi tentera Barat di Libya menunjukkan kejayaan dan berjaya menyelamatkan banyak nyawa. 


Tentera Bersekutu terus menyerang askar Gaddafi dengan melancarkan peluru berpandu dan bom selain menguatkuasakan zon larangan trbang dan sekatan di laut. 


“Jadi, terbukti tindakan pantas kami mengelak bencana kemanusiaan ramai orang awam sama ada lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa,” katanya dalam ucapan mingguan di radio. – AFP/Reuters 

No comments: