Pages

Sunday, March 27, 2011

2,000 sedia jadi isteri jutawan tua



SEOUL: Sekurang-kurangnya 2,000 wanita sudah memohon untuk bertemu dengan jutawan Australia berusia 80 tahun yang mahu mencari isteri di kalangan wanita Korea, kata agensi pencari jodoh, UVIS, kelmarin.


Akhbar Korean Herald melaporkan, majoriti pemohon adalah wanita berusia 40-an, kata agensi itu.
Jutawan Australia yang mencari cinta itu sanggup membayar lebih 2 bilion won (RM5.1 juta) untuk tujuan itu, kata firma perundingan perkahwinan.
Lelaki yang juga duda itu berjanji memberikan bakal isterinya 1 bilion won (RM2.57 juta) wang tunai dan hartanah bernilai 1.5 bilion won (RM3.6 juta).


UVIS menyatakan, lelaki yang memiliki kekayaan dengan anggaran 30 bilion won (RM81 juta) mendaftar dalam laman web agensi itu dan meminta supaya mencarikan beliau calon isteri yang penyayang dan mempunyai sifat kewanitaan serta mampu bertutur dalam bahasa Inggeris.


Firma itu berkata, selepas kematian isterinya tujuh tahun lalu, duda itu jatuh cinta dengan Korea berikutan kekerapan beliau melawat negara itu atas urusan perniagaan.


Sebagai tanda beliau serius memikul tanggungjawab, jutawan itu sanggup menandatangani kontrak perkahwinan berhubung isu kewangan.
Agensi itu akan menerima permohonan sehingga 22 April dan pemohon akan mengikuti prosedur yang ditetapkan jika berjaya dipilih.


Menurut agensi itu, jutawan itu gembira dengan cara layanan wanita Korea. – Agensi. 

No comments: