Pages

Saturday, March 5, 2011

Hanya runding pengunduran




TENTERA-TENTERA pemberontak anti-Gaddafi melepaskan tembakan ke udara semasa majlis pengebumian seorang daripada anggota mereka yang terbunuh semasa bertempur dengan tentera yang setia dengan Gaddafi di Ajdabiya, timur Libya, kelmarin. – AP


AL-BAYDA 4 Mac – Pemberontak yang telah menubuhkan sebuah pentadbiran Majlis Kebangsaan Libya di timur Libya bersedia untuk mengadakan rundingan hanya mengenai peletakan jawatan Muammar Gaddafi atau kehidupan beliau dalam buangan supaya pertumpahan darah dapat dihentikan.
Pendirian penentang rejim Gaddafi itu dinyatakan semalam oleh Ahmed Jabreel, seorang pembantu kepada bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel Jalil yang mengetuai majlis tersebut yang berpangkalan di Benghazi.
Kata Jabreel, serangan udara untuk mewujudkan zon ‘larangan terbang’ diperlukan untuk membantu pemberontak menjatuhkan Gaddafi yang terus bertahan sekalipun berdepan dengan tentangan keras.
“Jika ada rundingan, isunya hanya satu iaitu bagaimana Gaddafi boleh meninggalkan negara ini atau meletakkan jawatan supaya kita dapat menyelamatkan nyawa.
“Tiada perkara lain untuk dirundingkan,” kata Jabreel yang diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Jalil.
Tegasnya, pemberontak tidak akan merundingkan sebarang penyelesaian politik.
“Kami mahu dia dibicarakan, tetapi jika kami tidak memberi jalan keluar kepadanya, kami sedar ramai lagi penduduk akan terbunuh,” kata Jabreel di Al-Bayda, bandar tepi pantai yang dikuasai oleh pemberontak di timur Libya.
Majlis tersebut telah meminta serangan udara dilancarkan dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas apa yang mereka dakwa sebagai askar upahan Afrika yang berperang untuk Gaddafi.
Pesawat perang tentera Gaddafi menggempur bandar-bandar di timur semalam selepas melancarkan serangan darat ke atas bandar pelabuhan Brega kelmarin, yang ditangkis oleh pemberontak.
“Saya tidak fikir Gaddafi masih memikirkan cara untuk menawan semula timur Libya.
“Dia sedang cuba mempertahankan apa yang masih di tangannya dan mencari penyelesaian politik,” kata Jabreel. – ReutersUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: