Pages

Saturday, March 5, 2011

Wartawan asing dihalang keluar hotel

myMetrol


TRIPOLI: Pihak berkuasa Libya semalam menghalang wartawan asing daripada meninggalkan hotel mereka untuk membuat laporan mengenai tunjuk perasaan oleh penentang Muammar Gaddafi.

Apabila wartawan cuba meninggalkan hotel di selatan Tripoli, pengawal keselamatan menyekat laluan mereka.


Seorang jurucakap kerajaan berkata, wartawan dilarang meninggalkan hotel kerana kehadiran mereka akan menyebabkan apa yang dikatakannya sebagai ‘elemen al-Qaeda’ akan mencetuskan keganasan.

“Saya tahu anda akan bercakap dan memutar belitkan alasan ini mengikut cara anda,” kata jurucakap berkenaan, Mussa Ibrahim.


“Kami bersedia membayar harga mahal kerana menghalang anda daripada membuat laporan bagi mengelak Tripoli menjadi Baghdad,” katanya. - Reuters"

No comments: