Pages

Tuesday, February 22, 2011

Syarikat minyak mahu tutup operasi

Kosmo! Online - Dunia: "
LONDON - Wintershall yang merupakan unit cari gali minyak dan gas syarikat Jerman, BASF, bersedia menutup pengeluarannya di Libya dan membawa keluar kakitangan asing selepas keganasan merebak di negara itu yang merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di benua Afrika.

Menurut satu kenyataan Wintershall semalam, ia kini mengurangkan pengeluaran minyak di Libya sebanyak 100,000 tong sehari

Syarikat-syarikat minyak antarabangsa lain termasuk Royal Dutch Shell dan OMV memberitahu, ia akan turut membawa keluar kakitangan asing masing-masing.

Tindakan sama diambil syarikat Norway, Statoil dan OMV serta Shell selepas berpuluh-puluh penunjuk perasaan antipemerintah terbunuh di bandar Benghazi dengan kekacauan merebak ke ibu negeri Libya, Tripoli pada hujung minggu lalu.

Kebanyakan operasi pengeluaran minyak Libya terletak di timur negara itu dan selatan Benghazi.

Situasi di bandar itu semakin meruncing semalam selepas pasukan keselamatan yang setia kepada pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dilihat gagal mengawal keamanan. - Reuters"

No comments: