Pages

Saturday, February 19, 2011

Rakyat Bahrain tolak sistem monarki





2011/02/19

KELUARGA penunjuk perasaan yang terbunuh membawa jenazah ke tanah perkuburan diiringi orang ramai, semalam.
KELUARGA penunjuk perasaan yang terbunuh membawa jenazah ke tanah perkuburan diiringi orang ramai, semalam.

MANAMA: Beribu-ribu rakyat Bahrain semalam menghadiri upacara pengebumian mangsa tunjuk perasaan yang terbunuh di Dataran Mutiara di sini, sambil meningkatkan desakan supaya pemerintah monarki negara itu berundur, selepas tentera menyerbu kawasan itu Subuh kelmarin.

Pada masa sama, pihak berkuasa negara itu mengharamkan perhimpunan umum dan mengerahkan kenderaan tentera berkawal di jalan raya bagi menghalang lebih banyak tunjuk perasaan, manakala keadaan di jalan raya lengang.
Tentangan terhadap pemerintah Bahrain dan kerabat diraja negara itu mencerminkan perasaan tidak puas hati yang semakin meningkat, selepas mendesak kerajaan mengurangkan dominasi monarki terhadap jawatan utama kerajaan dan menghapuskan diskriminasi terhadap penduduk majoriti puak Syiah.
Keadaan bagaimanapun berubah menjadi cabaran ke atas keseluruhan sistem pemerintahan selepas serangan kejam pasukan keselamatan kelmarin di kawasan penunjuk perasaan berkhemah sepanjang malam di Dataran Mutiara yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima terbunuh dan lebih 230 lagi cedera.

“Rejim pemerintah mewujudkan perasaan marah dan benci di hati saya. Semua yang berkumpul di sini memendam perasaan tidak puas hati,” kata penunjuk perasaan, Ahmed Makki Abu Taki.

Abang Ahmed Makki 27 tahun maut apabila pasukan keselamatan menyerbu kawasan perkhemahan mereka di Dataran Mutiara. – AP
Berita Harian Online | Rakyat Bahrain tolak sistem monarki

No comments: