Pages

Sunday, January 30, 2011

43 tahun kerja tanpa 'MC' sehari pun



TAK KENAL LELAH: Encik Owen tidak pernah ambil cuti sakit kerana suka akan kerjanya dan tidak mahu mengecewakan rakan sekerja. --- Foto HARIAN METRO


LONDON: Encik Jim Owen boleh berbangga apabila bercakap mengenai kerjanya sebagai juruukur kerajaan tempatan Basildon di Essex, Britain - beliau tidak pernah ambil cuti sakit walau sehari sejak mula bekerja pada 1968.
Masih berkhidmat sepenuh masa, Encik Owen, 66 tahun, menyebut amalan kerja baik dan keturunan sebagai faktor yang membuat beliau sihat. Beliau tiada rancangan bersara.Menurut Encik Owen, memang ada kala beliau berasa kurang sihat atau tidak selesa apabila bangun pagi dan boleh berehat di rumah.'Tapi saya sangat sukakan kerja ini dan tidak mahu mengecewakan rakan lain. Apa yang penting ialah memberi usaha terbaik bagi tugas saya,' katanya.Menurut Encik Owen, beliau dibesarkan oleh ibu bapa yang hidup pada zaman perang dan mereka sentiasa mengajarnya berusaha gigih setiap hari tanpa sebarang pengecualian.Beliau juga sentiasa mementingkan pemakanan sihat, tidak merokok dan sering bertugas di luar pejabat.'Keadaan itu memberi peluang saya menghirup udara segar,' katanya.Pemimpin Parti Liberal Demokrat, Encik Nick Clegg, berkata Encik Owen petugas berdedikasi dan tidak pernah mengeluh.Encik Owen mula bekerja ketika masih budak dengan menjadi penghantar akhbar di sekitar tempat tinggalnya di Southend, Essex.Pada 1968, beliau mula berkhidmat di Basildon sebagai jurunilai. Disebabkan ketekunannya bertugas, Encik Owen dinaikkan pangkat dan diberi jawatan pengurusan. -- Agensi.
cyberita

No comments: