Pages

Sunday, November 28, 2010

Suspek masuk perangkap ‘bom’ FBI





2010/11/28

MOHAMED OSMAN ditahan atas tuduhan cubaan meletupkan bom kereta di Portland, kelmarin.
MOHAMED OSMAN ditahan atas tuduhan cubaan meletupkan bom kereta di Portland, kelmarin.
SAN FRANCISCO: Anggota keselamatan Amerika Syarikat menghalang satu cubaan meletupkan bom kereta pada satu majlis tahunan menyalakan pokok Krismas di Portland, Oregon. 

Jabatan Kehakiman mengenal pasti suspek utama sebagai Mohamed Osman Mohamud, 19, dari bandar Corvallis, mengatakan bahawa dia adalah rakyat Amerika berasal dari Somalia.
Berdasarkan aduan jenayah, Mohamed Osman ditahan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan polis Portland pada 5.40 petang semalam selepas cuba meletupkan sebuah van yang sarat dengan bahan letupan.
Kenderaan terbabit diletakkan berhampiran majlis menyalakan pokok krismas di Dataran Pioneer Courthouse, Portland. 

Tetapi, peralatan letupan sebenarnya palsu dan diberi oleh FBI, kata ejen biro itu, Arthur Balizan yang menegaskan suspek benar-benar memberi ancaman kerana komited untuk melakukan serangan. 

Dokumen menunjukkan pada Ogos 2009, Mohamed Osman menghubungi beberapa orang di luar negara dipercayai terbabit dalam keganasan, melalui emel. 

Pada Disember 2009, mereka membincangkan kemungkinan Mohamed pergi ke Pakistan untuk melakukan jihad. – AFP

No comments: