Pages

Sunday, November 28, 2010

Buah dada punca wanita kena periksa





2010/11/28

MARYLAND: Seorang wanita menuduh dua pekerja lelaki Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) memandang ke arah buah dadanya sebelum mereka mengarahkannya menjalani pemeriksaan badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando. 

“Perkara itu amat jelas. Seorang daripada lelaki terbabit merenung saya atas dan bawah serta orang yang mengarahkan saya ke tepi. Saya rasa sungguh tidak selesa,” kata Eliana Sutherland kepada stesen televisyen Florida, Click Orlando.
Dakwaan itu dibuat selepas semakin ramai orang membuat laporan terhadap kakitangan TSA yang dituduh melakukan pencabulan ketika melakukan pemeriksaan badan.
Seorang daripadanya termasuk John Tyner dari California, yang merakamkan melalui video pengalaman beliau dan kedengaran beliau memberitahu seorang pegawai TSA: “Jika anda sentuh kemaluan, saya akan pastikan anda ditahan.” 

Ada juga yang marah selepas tersiarnya video kanak-kanak turut menjalani pemeriksaan penuh badan dan apabila Thomas Sawyer, seorang pesakit kanser pundi kencing memberitahu ceritanya mengenai seorang pegawai TSA yang tidak mengendahkan keadaan kesihatannya, mencabut penutup beg buangan menyebabkan beliau dibasahi air kencing. – Agensi

No comments: