Pages

Thursday, November 11, 2010

Amerika diserang?


Rakaman video yang disediakan oleh stesen televisyenKCBS/KCAL merakamkan apa yang dipercayai peluru berpandu yang dilancarkan di ruang udara pantai California, kelmarin. - AP


WASHINGTON 10 Nov. - Sebuah stesen televisyen swasta Amerika Syarikat (AS), KCBS semalam menyiarkan rakaman video dipercayai kepulan asap yang dilepaskan oleh peluru berpandu ketika melalui ruang angkasa di barat Los Angeles, sekali gus timbul laporan ia merupakan serangan peluru berpandu.
Tentera Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun berkata, ia bukanlah satu ancaman besar kepada negara ini kerana tidak ada sebarang tentera asing dikesan melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan pinggir laut California seperti yang dilaporkan.
"Buat masa ini, kami mengesahkan negara kita tidak menerima sebarang ancaman dan ia bukanlah satu usaha serangan daripada tentera asing," kata Pasukan Pertahanan Angkasa Lepas Amerika Utara (NORAD) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Pentagon berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat lengkap tentangnya dan ia sedang berusaha melakukan siasatan terperinci.
"Tidak ada sebarang maklumat yang membolehkan Jabatan Pertahanan (DoD) mengakui ia adalah satu serangan peluru berpandu.
"Beberapa agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang penerbangan akan melakukan siasatan terhadap apa yang dilaporkan berlaku di California semalam," kata jurucakap Pentagon, David Lapan.
Tambah Lapan, berdasarkan imbasan radar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dari kawasan lapang di barat Los Angeles, tidak menunjukkan sebarang pergerakan dengan kelajuan luar biasa malah mereka tidak menerima sebarang laporan pemandangan luar biasa daripada juruterbang yang melalui ruang angkasa kawasan terbabit.
Kebiasaannya, kata Lapan, sebelum ujian peluru berpandu diadakan, ruang udara perlu ditutup dan pelaut perlu dimaklumkan terlebih dahulu.
"Sebab itulah, apa yang sedang berlaku masih menjadi misteri," kata Lapan. - AFP

No comments: