Pages

Wednesday, October 20, 2010

Perancis lumpuh akibat mogok


Kumpulan remaja bertempur dengan pasukan polis antirusuhan ketika mengadakan mogok di Nanterre, pinggir Paris, kelmarin membantah rancangan kerajaan meningkatkan umur persaraan kepada 62 tahun. - AP


PARIS 19 Okt. - Protes dan mogok pekerja yang dilancarkan di seluruh Perancis hari ini bagi membantah rang undang-undang untuk meningkatkan umur persaraan kepada 62 tahun menyebabkan lapangan terbang di negara ini mengurangkan penerbangan dan kenderaan beratur panjang untuk mengisi minyak.
Pekerja seluruh Perancis menyertai mogok itu hari ini selepas seminggu pekerja kilang penapisan minyak dan kumpulan pelajar mencetuskan gangguan.
Kesatuan sekerja melancarkan protes itu bagi menekan kerajaan supaya membatalkan rancangan melaksanakan pembaharuan pencen.
Penerbangan ke Perancis turut diarah supaya dikurangkan ekoran mogok hari ini.
Pihak berkuasa lapangan terbang dalam laman webnya berkata, mogok telah mencetuskan 'kesukaran yang serius'.
Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan rancangan pembaharuan itu sebagai satu-satunya jalan untuk menyelamatkan sistem pencen Perancis.
Jurucakap Parti Sosialis, Benoit Hamon berkata, mogok hari ini merupakan satu 'cubaan yang kuat". - AP

No comments: