Pages

Wednesday, October 20, 2010

Aida makin popular

JAKARTA: Sejak kesnya dengan penceramah agama terkenal KH Zainuddin MZ tersebar, nama Aida Saskia melonjak mendadak.
Beberapa hari lalu, wanita yang mendakwa diperkosa penceramah yang terkenal dengan gelaran ‘Dai Sejuta Umat’ itu menandatangani kontrak untuk berlakon dalam sebuah filem.

Sebelum ini, Aida juga muncul dalam acara muzik di stesen televisyen nasional Indonesia. Bagaimanapun, dia menolak dakwaan popularitinya meningkat kerana kesnya dengan penceramah itu.

“Saya sudah mendapat tawaran untuk berlakon tetapi ada pihak yang menuduh ia ada kaitan dengan kes saya dengan Zainuddin MZ. Sebenarnya ia adalah hasil proses pemilihan,” katanya ketika ditemui di pejabat peguamnya di Jakarta Utara, semalam.

Dia mengaku menerima tawaran daripada syarikat penerbitan K2K Production milik Kha Kha Deeraj dan akan mula menjalani penggambaran mulai Isnin depan.

“Saya sudah pasti akan terbabit dalam perfileman dan filem pertama ini berunsur seram. Tetapi ini tiada kaitan dengan kes itu,” katanya.
Dalam pada itu, seorang ulama yang akrab dengan Zainuddin MZ, Habib Mahdi akan menemui Aida untuk mencari penyelesaian terbaik mengenai dakwaannya diperkosa oleh penceramah agama itu.

“Masalah ini seperti bola panas. Jika ramai yang menendang, ramai juga yang terasa sakit. Sebagai ulama, kita akan mencari jalan penyelesaian antara Aida dan Zainuddin MZ,” kata Habib ketika dihubungi menerusi telefon. - Agensi

No comments: