Pages

Wednesday, October 20, 2010

Pentagon di tembak


20/10/2010 4:50am

WASHINGTON 20 Okt. - Seseorang telah melepaskan tembakan dan menghentam bangunan Pentagon awal semalam sehingga menyebabkan berlaku sedikit kerosakan, kata pegawai pertahanan.
Polis yang melindungi bangunan agam ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu telah menutup buat sementara beberapa batang jalan raya dan laluan pejalan kaki menuju ke bangunan tersebut selepas orang awam dilaporkan mendengar bunyi tembakan datang dari arah selatan kemudahan di situ.
Jurucakap Pentagon, Kolonel Marin Dave Lapan berkata, seorang tukang sapu di kawasan kemudahan itu telah menemui beberapa kesan tembakan dan hentaman di bangunan tersebut.
Lapan bagaimanapun tidak tahu berapa banyak kesan dan dari senjata jenis apa.
Berpuluh-puluh anggota polis kemudian kelihatan berlegar-legar di sekitar kawasan yang menjadi sasaran tembakan di bahagian selatan bangunan tersebut.
Lapan berkata, tidak kecederaan berlaku tanpa menjelaskan sama ada mereka mengetahui mengenai suspeknya. - AP

No comments: